Sakit kepala tanda bacaan kolesterol meningkat, fakta atau auta?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PENGAMBILAN makanan berlemak antara penyebab tahap kandungan kolesterol seseorang boleh meningkat secara mendadak.

Ramai juga mendakwa, tanda kolesterol meningkat apabila timbul rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut. Adakah dakwaan itu fakta atau auta?

Healthline melaporkan sakit kepala akibat kolesterol meningkat adalah mitos dan ia langsung tidak mempunyai kaitan.

Kolesterol adalah bahan berlemak yang penting untuk badan berfungsi dengan betul dan dihasilkan di dalam hati, tetapi ia juga boleh dijumpai dalam pelbagai makanan berasaskan haiwan.

Kolesterol berguna untuk pembentukan membran sel, vitamin D, dan beberapa jenis hormon. Memandangkan ia tidak larut dalam air, ia mesti dibawa oleh lipoprotein melalui aliran darah.

Terdapat dua jenis lipoprotein, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang sering disebut sebagai kolesterol ‘buruk’ dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol ‘baik’.

LDL boleh menumpuk di arteri dan menyebabkan masalah jantung serta strok. Sementara itu, HDL berperanan membawa LDL ke hati untuk dihapuskan.

Kolesterol tinggi disebabkan terlalu banyak LDL dalam saluran darah. Dalam bahasa perubatan ia disebut hiperkolesterolemia atau hiperlipidemia.

Untuk mengelakkan kenaikan kolesterol, biasanya doktor akan menyarankan kita untuk membataskan pengambilan makanan tertentu.

Ini termasuklah yang mengandungi lemak tepu, makanan tinggi serat, makanan bergoreng serta mengelak pengambilan sumber protein seperti daging.

Ikan kaya lemak omega 3 seperti ikan kembung dan salmon dapat membantu menurunkan kadar LDL.

Sumber: mStar