Terengganu Catat Kadar Kebolehjangkitan COVID-19 Tertinggi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di negara ini iaitu 1.36 setakat Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Melaka merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.28, diikuti Sarawak (1.25), Putrajaya (1.19), Perak (1.17), Kedah (1.15), Perlis (1.15), Kuala Lumpur (1.12), Labuan (1.11) Pahang (1.1), Selangor (1.1) dan Kelantan (1.09) .

“Manakala Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang pula merekodkan Rt paling rendah, masing-masing pada 1.04, 1.03, 1.01 dan 1.0,”r katanya berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitter beliau,

Sementara itu, Rt untuk seluruh negara pula ialah 1.04.

Sumber: TRDI News