Jordan gesa Israel berhenti menghalang kerja pemulihan Masjid Al-Aqsa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jordan menggesa Israel supaya berhenti menyekat kerja-kerja pemulihan di pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis yang merupakan tempat ketiga paling suci buat umat Islam.

Jurucakap Kementerian Luar, Daifallah Alfayez berkata, beliau telah mengirim nota bantahan menuntut Tel Aviv supaya tidak melakukan pelanggaran dan provokasi seumpama itu serta menghormati Jordan sebagai penjaga Masjid al-Aqsa.

Bagaimanapun tiada maklum balas diterima daripada Israel berhubung perkara itu.

Pada Ahad, Israel menggantung kerja baik pulih di Masjid al-Aqsa dengan alasan ia dibuat tanpa kebenaran.

Beberapa jam selepas itu, Israel turut mengarahkan pekerja Wakaf Islam Baitulmaqdis menghentikan kerja-kerja pengubahsuaian Masjid Qubbat al-Sakhrah (Dome of the Rock) selama dua hari hingga mengakibatkan berlaku ketegangan di bandar itu.

Israel mendakwa keputusan dibuat selepas seorang individu cuba membaik pulih siling Masjid Bab al-Rahmeh yang juga terletak di dalam kawasan Masjid al-Aqsa serta mengarahkan orang Islam untuk mengosongkan tempat itu tanpa sebab.

Terdahulu, Pengarah Masjid Al-Aqsa, Sheikh Omar Kisswani berkata, kerja pembaikan di kawasan Masjid al-Aqsa merupakan hak orang Islam dan Israel tidak mempunyai sebarang kuasa untuk masuk campur.