COVID 19- Penagguhan Sementara Semua Kaunter Perkhidmatan Awam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN, 1 FEBRUARI 2021: Orang ramai digalakkan menggunakan perkhidmatan secara atas talian bagi sebarang urusan di kaunter perkhidmatan pejabat Persekutuan dan Negeri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semua kaunter perkhidmatan berkenaan ditangguhkan sementara waktu bermula 2 hingga 14 Februari 2021.

Menurutnya, bagi pihak swasta yang tersenarai sebagai perkhidmatan perlu boleh beroperasi tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang melibatkan kehadiran hanya 30 peratus pihak pengurusan.

pengurusan.

“Kehadiran kakitangan Jabatan Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada arahan Setiausaha Kerajaan Pahang manakala kakitangan Jabatan Persekutuan adalah di bawah arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

“Kehadiran kakitangan ke pejabat hanya bagi perkhidmatan yang perlu sahaja dan ditentukan Ketua Jabatan manakala kakitangan lain akan bekerja dari rumah,” katanya.

Selain itu, makluman turut ditujukan kepada tarikh akhir penghantaran bantuan pasca banjir yang dimohon melalui sistem ebanjir.pahang.gov.my iaitu pada 5 Februari ini.

Kerajaan Negeri juga akan menghadkan perjalanan 10km radius dari kediaman secara serta merta seperti arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menghadkan pergerakan dan mengekang penularan wabak COVID-19.

Sumber: Pahang Media