Dua Lokaliti Di Hulu Terengganu Dikenakan PKPD

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HULU TERENGGANU – Dua lokaliti di Hulu Terengganu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara serentak selama tempoh 14 hari bermula esok sehingga 17 Februari.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan dua kawasan iaitu di Felda Tersat dan Tapak Bina Kuarters TNB di Kuala Berang.

“Sehingga 1 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 420 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 45 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 583 penduduk di 198 buah rumah serta mengawal jangkitan dalam komuniti di felda tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengenai Tapak Bina Kuarters TNB, Ismail berkata, daripada 386 ujian saringan yang dijalankan sebanyak 62 kes positif telah direkodkan.

Sumber: TRDI News