Mario Arques lengkapkan import Kelantan FC

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Pemain import Kelantan FC dari Sepanyol, Mario Arques. – Foto ihsan FB Zamsaham.

Pemain tengah dari Sepanyol, Mario Arques melengkapkan empat pemain import yang akan menjadi taruhan pasukan Kelantan FC musim ini.

Berusia 29 tahun, Arques yang pernah bersama skuad remaja Villarreal menyarung jersi kelab India, Kerala Blasters pada musim lalu.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman turut mengesahkan kehadiran Arques ke dalam skuad The Red Warriors (TRW) selaku pemain import keempat.

“Cukup dah empat pemain import. Lagi 15 Jam akan berlangsungnya pelancaran jersi terbaru TRW FC,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.

Mengenai jersi TRW musim ini, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata ia mempunyai empat harga iaitu RM189, RM129, RM93 dan paling murah RM25 dengan kualiti yang berbeza.

Terdahulu Kelantan FC mengumumkan pemain dari England, Jack Raymond Hindle selaku penggempur utama TRW musim ini.

Hindle yang berusia 28 tahun adalah bintang import ketiga yang diumumkan TRW selepas Christos Intzidis dan Natanael Siringo Ringo.

Intzidis, 28, yang berasal dari Greece akan mengemudi bahagian pertahanan sementara bintang muda Indonesia, Natanael mengisi bahagian sayap TRW.

Sumber : Berita Harian