Bandar Raub Perdana dikenakan PKPD

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 25 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi Covid-19 di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang yang mana sehingga kini 75 orang disahkan sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19.

Menurutnya, KKM juga mengambil 40 sampel Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan daripada jumlah itu, 35 negatif manakala lima lagi masih menunggu keputusan.

“Saringan bersasar terhadap baki kontak rapat sedang dilaksanakan.

“Jadi, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang bermula esok sehingga 25 Februari ini,” katanya pada sidang media MKN.

Ismail Sabri berkata,Prosedur operasi standard (SOP) sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sumber: My Metro