MUIP Terima Sumbangan Bantuan Pasca Banjir Khaira PPZ-MAIWP

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEMERLOH, 13 FEBRUARI 2021- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Pasaraya Darussalam atas sumbangan bantuan pasca banjir sebanyak RM 100,000.00.

Bantuan Pasca Banjir Khaira PPZ 2021 ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Arif bin Zainuddin, Eksekutif Dakwah PPZ-MAIWP kepada Timbalan Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, YBrs Dr. Asmadi bin Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Encik Kamarudin bin Daud, Pengarah Negeri Pejabat SSM Pahang di Pejabat MUIP Cawangan Temerloh.

Sumbangan berupa barangan keperluan rumah antaranya seperti tilam, selimut, dapur gas, periuk nasi elektrik, kipas meja serta pengisar ini akan diagihkan oleh pihak MUIP kepada 300 mangsa-mangsa banjir di negeri Pahang.

Sumber; Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)