Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Triang 3, Bera, Pahang.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan berkenaan bermula esok hingga 3 Mac depan.
Menurutnya, keputusan dibuat hasil penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.
“KKM mengesahkan terdapat sembilan kes positif Covid-19 dan setakat semalam), 79 kontak rapat dikenal pasti tinggal di lokaliti itu.
“Pelaksanaan PKPD itu akan membabitkan Perumahan Kelapa Sawit dan Taman Lamanda Permai di Felda Triang 3 yang merangkumi 1,356 penduduk,” katanya dalam kenyataan media.
Beliau berkata, KKM akan melaksanakan saringan secara bersasar kepada semua penduduk untuk memastikan tiada penularan jangkitan dalam komuniti.
Sumber: My Metro