Kerana Ciapan Pro-Palestin di Twitter, Pemilik Restoran di Kanada Bakal Ditarik Lesen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TORONTO, 11 Rejab 1442H, Selasa – Seorang pemilik restoran di Kanada bakal dihadapkan ke mahkamah dan beliau turut berdepan ancaman ‘penarikan lesen’ kerana membuat ciapan yang berbentuk pro-Palestin dan anti-Zionis di laman Twitter.

Dalam wawancara eksklusif dengan Press TV, pemilik restoran Foodbenders di Toronto berkata, kerajaan Kanada menuduh dia mewujudkan anti-Semitisme dalam ciapan anti-Israelnya itu dan mengancam akan membawanya ke mahkamah.

Walhal, katanya, kerajaan sebelum ini mengaku sebagai pembela hak asasi manusia dan kebebasan di seluruh dunia.

“Ada gerakan politik yang menyamakan anti-Zionisme dengan anti-Semitisme di negara-negara di Barat sekarang dan saya terperangkap dalam situarsi itu.

“Ramai orang menganggap Zionisme sebagai Yahudi, atas alasan itu saya difitnah secara agresif sebagai anti-Semitisme, sehingga banyak banyak masalah lain timbul,” kata pemilik restoran, Kimberley Hawkins, semalam.

Beliau mendakwa, tindakan kerajaan Kanada terhadapnya hanyalah sebagai satu ‘langkah politik’ bagi menjadikan perkataan atau definisi anti-Semitisme itu dapat mencegah orang ramai daripada bercakap secara kritis mengenai Zionis atau Zionisme.

Hawkins menjelaskan, serangan terhadap syarikat makanan kecilnya bermula pada tahun 2019 kerana terdapat papan tanda mengenai pembunuhan di Semenanjung Gaza yang terkepung.

Tambahnya lagi, keadaan bertambah buruk apabila muncul persatuan ‘Liga Pertahanan Yahudi dan individu yang turut terlibat di restorannya yang melakukan vandalisme.’

Hawkins kemudian mengatakan terdapat empat kes undang-undang dikenakan terhadapnya, semuanya disebbakan ciapan di media sosial mengenai Zionisme.

“Tanda pagar yang paling banyak dibicarakan adalah #Zionistsnotwelcome yang didakwa merujuk pada pembunuhan yang sedang berlaku di Palestin,” katanya. – Agensi