TEXAS, 13 Rejab 1442 H, Khamis : Bencana ribut musim sejuk yang berlaku di Texas, telah mengakibatkan bangunan Masjid Delton rosak di mana kos pembaikiannya menelan hampir puluhan ribu. Sebahagian atap runtuh, paip rosak menyebabkan air membanjiri lantai masjid.
Namun, masyarakat sekitar berusaha membantu Masjid Denton untuk memulihkan dan memperbaiki kerosakan. Pihak gereja Denton telah memulakan langkah pertama. Mereka melancarkan kempen GoFundMe dan berjaya mengumpulkan wang sumbangan sebanyak hampir $50,000 untuk Masjid Denton dalam temoh hari.
“Ia menyebabkan wujudnya rasa senang dengan masyarakat tempat anda tinggal,” kata Faraz Qureshi, presiden dewan Persatuan Islam Denton
“Ramai pihak dari seluruh dunia yang memberikan sumbangan. Kami tahu apa yang sedang terjadi dalam beberapa tahun terakhir ini. Contohnya kebencian ekstremisme seperti yang anda lihat, yang sehingga kadang-kadang mewarnai persepsi anda. Jadi, saya bebricara kepada diri saya sendiri, ia menunjukkan kepercayaan orang lain terhadap anda,” kata Qureshi. “Keadaan ini sungguh mengharukan”. tambahnya lagi.
Ucap Rasa Syukur
Laman sesawang masjid juga telah menyampaikan pesanan terima kasih kepada masyarakat.
“Kami sangat menghargai sokongan Denton, TX, dan komuniti yang lebih besar, terutama usaha kutipan dana GoFundMe yang dikumpulkan oleh David Smith dan First United Methodist Church,” Demikian pernyataan yang dinyatakan di laman sesawang tersebut.
“Tidak tergambar rasa syukur kami.”
Agama Islam di Amerika Syarikat
Islam adalah agama ketiga terbesar di Amerika Syarikat selepas agama Kristian dan Yahudi.
Seramai 3.45 juta umat Islam di Amerika Syarikat, menurut kajian tahun 2017, yang merangkumi sekitar 1.1% dari jumlah keseluruhan penduduk AS.
Umat Islam Amerika adalah salah satu kumpulan agama yang dianuti oleh pelbagai kaum di AS tanpa kaum majoriti yang apabila dipecahkan jumlah mengikut kaum iaitu 25% hitam, 24% putih, 18% Asia, 18% Arab, 7% bangsa campuran, dan 5% Hispanik.