PBB-Eropah Gesa Israel Hentikan Pembongkaran Tanah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Brussels, 16 Rejab 1442 H, Ahad – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Majlis Keselamatan Eropah menggesa Israel menghentikan pembongkaran penempatan orang Badwi di Lembah Jordan, termasuk menyediakan hak asas kepada masyarakat yang tinggal di Humsa Al-Baqaia.

Dalam pernyataan bersama pada akhir sesi bulanan Majlis Keselamatan mengenai konflik di Timur Tengah, Estonia, Perancis, Ireland, Norway dan UK mereka mengatakan, “mereka sangat prihatin terhadap pembongkaran yang sering berlaku dan penyitaan barang yang berlaku baru-baru ini, termasuk bangunan yang didanai oleh penderma dari Kesatuan Eropah, yang dilakukan oleh pihak berkuasa Israel di Humsa Al-Bqaia di Lembah Jordan. “

Perhatian juga tertumpu kepada 70 orang masyarakat yang tinggal di komuniti Badwi, termasuk 41 kanak-kanak, lapor Nahar Net.

“Kami mengulangi seruan kami kepada Israel untuk menghentikan pembongkaran dan penyitaan,” ucap kenyataan itu.

“Kami meminta Israel untuk membenarkan semula akses kemanusiaan sepenuhnya, secara berterusan dan tanpa halangan kepada masyarakat di Humsa Al-Baqaia.”

Humsah al-Baqia terletak di Lembah Jordan, kawasan yang strategik dan subur terbentang dari Tasik Tiberia ke Laut Mati, yang muncul sebagai titik konflik merebut kawasan tebing Barat.

Kawasan Tebing Barat dikenali sebagai Kawasan C, wilayah Palestin yang dijajah dan berada di bawah kawalan ketenteraan Israel sepenuhnya.

Di bawah undang-undang ketenteraan Israel, orang Palestin tidak dapat mendirikan bangunan di kawasan tersebut tanpa izin, dan kebiasannya permohonan mereka akan ditolak. dan aktiviti pemusnahan adalah perkara biasa.

Wakil PBB ke wilayah itu, Tor Wennesland dari Norway, juga menyuarakan keprihatinan terhadap kemusnahan dan penyitaan tanah.

Dia memberitahu pasukan keselamatan Israel telah “memusnahkan dan merampas 80 bangunan” di kawasan masyarakat Badwi”.

Menurutmya tindakan itu telah “mengusir 63 orang, termasuk 36 kanak-kanak”-Agensi