Dua menteri Jordan Letak Jawatan Kerana Melanggar Peraturan Pencegahan COVID-19

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

JORDAN, 17 REJAB 1442 H, ISNIN : Raja Jordan II telah menerima peletakan jawatan menteri dalam negeri dan keadilan kerana melanggar peraturan pencegahan coronavirus.

Tindakan meletakkan jawatan itu dilakukan setelah Perdana Menteri Bisher Al-Khasawneh meminta Menteri Dalam Negeri Samir Al-Mobaideen dan Menteri Kehakiman Bassam Al-Talhouni untuk meletak jawatan kerana telah melanggar langkah-langkah pencegahan untuk memerangi wabak itu.

Laporan media tempatan menyatakan kedua-dua menteri telah menghadiri pesta makan malam di sebauh restoran yang jumlah peserta melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah langkah pencegahan covid.

Penampilan mereka di ruang terbuka dengan mengabaikan peraturan menjaga jarak sosial, mencetus kemarahan orang awam.

Menurut Mahkamah Diraja Jordan, Raja Abdullah melantik Menteri Pentadbiran Tempatan Tawfiq Krishan untuk mentadbir Kementerian Dalam Negeri

Manakala, Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Undang-Undang Ahmed Ziyadat pula dilantik untuk menguruskan Kementerian Kehakiman.

Kedua-dua menteri tidak memberi apa-apa komen.

Jordan memperkenalkan beberapa langkah selama beberapa bulan terakhir yang bertujuan untuk menahan penyebaran COVID-19, termasuk jam malam separa dan pembatasan perhimpunan.

Berdasarkan statistik jumlah angka jangkitan virus di jordan ialah 386 496 , termasuk 4675 kematian. Pemerintah Jordan juga telah mengerahkan lebih banyak anggota tentera di beratus-ratus pusat pemeriksaan untuk mengawal sekatan langkah-langkah pencegahan.