Lubnan Mula Membersihkan Pantai Akibat Tumpahan Minyak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
-Foto Sekadar Hiasan

LUBNAN, 18 REJAB 1442 H, SELASA: Warga Lubnan mula membersihkan pantai setelah berlaku tumpahan minyak tar di kawasan pantai yang terletak di bahagian selatan negara itu.

Tumpahan minyak tersebut dipercayai bocor dari sebuah kapal tangki minyak di pantai Israel dan dipercayai tersebar sehingga ke negara Jiran disebabkan angin ribut.

Dalam tempoh beberapa hari, pantai yang terbentang luas dari kota perbatasan Naqura ke kota selatan Tirus mula tercemar dengan tar hitam.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan sekitar $ 14 juta telah diperuntukkan untuk membersihkan garis pantai negara itu, yang digambarkan sebagai bencana alam sekitar terbesar berlaku di Israel.

Menurut pihak pengurusan pantai, Pantai yang tercemar tersebut merupakan pantai berpasir terakhir yang ada di negara yang merupakan kawasan penting untuk haiwan seperti penyu laut hijau bersarang dan bertelur. Kesan dari tumpahan itu boleh membahayakan kehidupan laut dan keanekaragaman yang wujud di habitat laut dan pantai tersebut.

Operasi pembersihan akan memakan masa sekurang-kurangnya 15 hari, ujar Mouin Hamze, Pengarah Pihak Pengurusan Pantai.

“Kami akan mula membuang tempat tar, dengan bantuan ratusan sukarelawan dalam operasi pembersihan,” katanya.

Pantai teresebut dianggarkan telah dilimpahi sekitar 2 tan tar, 90 peratus daripadanya tersembunyi di bawah pasir,” tambahnya.

Jurucakap Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Andrea Tenenti memberitahu agensi berita DPA bahawa UNIFIL sedang mengkaji cara-cara untuk menolong Lubnan mengatasi ancaman tumpahan minyak.

“UNIFIL telah dihubungi oleh pihak berkuasa tempatan untuk melihat bantuan apa yang dapat diberikan berdasarkan kemampuan dan peralatan yang ada. Kami sedang mengkaji permintaan ini untuk melihat bagaimana kami dapat membantu, ”kata Tenenti.- Al Jazeera