Muna Abban – “Hari Wanita Antarabangsa Tiada Nilai buat kami Para Wanita Di Syria”

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Muna Abban, seorang wanita Syria yang melarikan diri dari serangan rejim Bashar Assad di Aleppo, dilihat di hadapan rumah kontenanya di bandar Azaz Syria, 7 Mac 2021
(Foto AA)

AZAZ, 24 Rejab 1442 H, Isnin: “Kami para wanita di zon perang telah dilupakan”, ujar seorang wanita Syria yang kehilangan dua anaknya dalam serangan udara menekankan bahawa Hari Wanita Antarabangsa tidak mempunyai nilai di Syria yang dilanda perang.

Muna Abban, seorang penduduk Aleppo Syria dan salah satu mangsa perang saudara Syria, telah kehilangan seorang anak perempuan dan anak lelaki enam tahun yang lalu.

Keluarganya, yang selamat dari pengepungan Aleppo pada tahun 2016, berhijrah ke daerah Azaz utara di kawasan sempadan antara Syria dan Turki dan memulakan kehidupan baru di sebuah bandar kontena.

Abban perlu bekerja untuk mencari nafkah keluarganya kerana suaminya tidak mampu bekerja akibat penyakit. Pada masa yang tersisa, dia menjaga anaknya yang berusia 16 tahun, Mustafa.

Berdasarkan temubual bersama Anadolu Agency (AA), Abban berkongsi cerita bahawa dia dan keluarganya berusaha untuk bertahan hidup di sebuah rumah kontena dua bilik di Azaz.

“Sudah lama kita merayakan Hari Wanita Sedunia. Hari Wanita Antarabangsa tidak memberi apa-apa makna bagi kami. Sangat sukar hidup di kawasan perang di Syria.””Bahkan lebih sukar untuk hidup sebagai wanita. Ramai wanita kehilangan suami dalam perang saudara,” tambahnya.

Menggariskan bahawa Hari Wanita tidak mempunyai nilai di Syria, Abban berkata: “Hari Wanita disambut dengan baik di pelbagai bahagian dunia, namun kami telah dilupakan semua orang.”

“Mereka tidak tahu apa kesulitan dahsyat yang kami alami. Kami ingin wanita di seluruh dunia mengingati wanita Syria,” kata Abban, sambil menambah bahawa dia sering bimbang dengan keadaan anaknya yang cacat, yang memerlukan perhatian khusus.

Abban juga merindukan rumahnya di Aleppo dan menceritakan mengenai rumah yang mereka duduki sekarang iaitu rumah kontena.

“Salah seorang anak saya cacat dan sangat memerlukan rawatan. Dia berusia 16 tahun, namun saya masih menjaganya seperti bayi. Saya masih memberi makan dan memakai lampin kepadanya. Dalam masa yang sama, saya juga bekerja di pusat kraftangan di kem 5 kilometer (3.1 batu) dari tempat saya tinggal. “

Abban berkongsi pengalamannya dalam kraf tangan bersama wanita lain yang kehilangan suami, sambil memberitahu bahawa dia gembira dengan pekerjaannya walaupun menghadapi kesukaran.

Kota Azaz, Syria telah dibebaskan dari pengganas Daesh oleh tentera Turki. Sejak itu kota ini menjadi kawasan tumpuan orang-orang yang tidak mempunyai tempat tinggal dan pusat utama saluran bantuan kemanusiaan Turki.

Setelah satu dekad berlakunya keganasan dan tragedi manusia yang menjadikan Syria sebagai negara perang, pertempuran telah reda namun kesakitan penderitaan masih belum sembuh.

Pemindahan yang berlaku telah melibatkan separuh daripada populasi Syria sebelum perang iaitu sebanyak 22 juta orang terpaksa meninggalkan rumah mereka, adalah yang terbesar disebabkan oleh konflik sejak Perang Dunia II.

Hampir 400,000 orang terbunuh dalam 10 tahun, menurut Pusat Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), sebuah organisasi yang memantau peperangan dan berpusat di UK.

Menurut PBB, seramai 60% penduduk kini tidak mendapat makanan. Nilai Pound Syria telah susut nilai sebanyak 98% dalam satu dekad. Berdasarkan laporan World Vision bulan ini menjadikan kos perang berjumlah $ 1.2 trilion.

Mungkin masyarakat dunia luar melihat konflik seperti telah berakhir, namun secara paradoksnya penderitaan rakyat Syria tidak pernah berhenti. – Daily Sabah