Sesi persekolahan 2021 telah bermula pada minggu pertama bulan Mac 2021 secara berperingkat dimana pelajar tahap 1 pada 01 Mac 2021 manakala tahap 2 pada 08 Mac 2021.
Manisfm dalam satu Program CSR ‘Back To school’ telah menyasarkan beberapa sekolah di negeri di pantai timur dengan memberi sumbangan dengan Kerjasama Syarikat Muda Osman (SMO).
Sumbangan itu di sambut baik oleh pihak sekolah dan guru besar di setiap sekolah ‘turun padang’ untuk menerima penyerahan sumbangan kepada pihak sekolah. Walau bagaimanapun, penyerahan itu dalam pematuhan SOP.
Antara sekolah di Kelantan yang menerima sumbangan ialah SK Kadok, SK Kubang Kerian 2, SK Gong Dermin. Manakala di Pahang ialah SK Kuala Penor, SK (LKTP) Kg New Zealand dan SK Ulu Luit yang mana ramai penduduk di sekitar itu terjejas dengan Bencana banjir besar pada hujung tahun 2020.
Manisfm prihatin terhadap rakyat yang terjejas pendapatan semasa mendepani situasi semasa pandemik Covid-19.
Bantuan yang dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang memerlukan membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Sumbangan itu bertujuan bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan selain menyuntik semangat anak murid bagi menghadiri sesi persekolahan tahun ini.