Pasar Baharu Gong Parit Beroperasi 1 April

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU, 29 Mac – Pasar baharu di Kampung  Gong Parit akan beroperasi bermula 1 April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan, pasar baharu itu bakal memuatkan 57 tapak perniagaan berbanding 19 tapak di pasar sedia ada.

“Kerajaan negeri sentiasa komited dalam membantu dan memberikan kebajikan kepada rakyat khususnya para peniaga untuk terus berdikari dalam menjana pendapatan.

“Saya berharap dengan pembinaan tapak baharu yang lebih selesa ini akan dapat memajukan lagi perniagaan semua yang berniaga di sini,” katanya  dalam ucapan perasmian majlis perasmian tapak itu di lokasi berkenaan, baru-baru ini.

Jelasnya, pembukaan pasar baharu tersebut memastikan keselesaan peniaga serta pembeli terjaga selain menggantikan tapak lama yang lebih kecil bagi memberi peluang kepada lebih ramai penduduk untuk berniaga.

“Konsep yang sebenar dalam memberikan kebajikan kepada rakyat ialah dengan memberikan kail dan bukannya memberikan ikan.

“Sekiranya kita berikan ikan kepada rakyat, ikan tersebut akan habis dimakan, namun sekiranya kita memberikan kail, maka rakyat akan berdikari dalam mendapatkan mata pencarian,” katanya.

Sumber: TRDI NEws