KES KOMPAUN KEDAI BEROPERASI LEBIH MASA SELESAI

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Polis Pekan mengesahkan kes kompaun melibatkan seorang peniaga kedai makan di Tanah Putih kerana beroperasi melebihi tempoh masa yang dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dekat sini selesai selepas dia tampil membayar denda.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, lelaki berusia 54 tahun yang juga Orang Kena Kompaun (OKK) telah hadir ke pejabat PKD Pekan semalam dan telah membuat rayuan berkenaan kesalahan yang dilakukan olehnya.

“Setelah mempertimbangkan rayuan OKK, Pegawai Kesihatan Daerah Pekan telah menawarkan kadar kompaun sebanyak RM 2,500 dan telah menjelaskan kompaun tersebut dan mengakui kesalahan itu serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi,” katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, nasihat telah diberikan kepada peniaga dna orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Ia juga menjadi pengajaran kepada mereka yang telah melakukan kesalahan agar tidak mengulanginya.

Pada 12.15 tengah malam Ahad lalu, Ops Covid dijalankan sepasukan anggota Pasukan Pemantau Bravo Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan bersama anggota Majlis Daerah Pekan (MDP) telah membuat pemantauan di kedai makan berkenaan.

Semasa pemantauan dibuat, premis tersebut didapati gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia apabila beroperasi lebih masa yang dibenarkan.

Sumber: PAHANGMEDIA