Vaksin Covid-19 Akhirnya Tiba di Yaman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang wanita terlantar di wad hospital yang menampung pesakit COVID-19 di Taez, Yaman, 30 Mac 2021. (Foto AFP)

TAEZ, 20 Sya’ban 1442 H, Rabu : Yaman yang sedang bergelut dengan perang akhirnya menerima penghantaran pertama vaksin COVID-19 pada hari Rabu (30 Mac 2021), kata agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Vaksin AstraZeneca tiba di bandar pelabuhan selatan Aden, ibukota Yaman. “Yaman menerima 360,000 dos vaksin COVID-19 yang dihantar melalui Covax fasiliti,” kata UNICEF.

“Kumpulan pertama vaksin yang diterima ini adalah sebahagian daripada 1.9 juta dos yang akan diterima oleh Yaman sepanjang 2021,” tambahnya.

Minggu lalu jawatankuasa koronavirus Yaman mendesak pemerintah untuk mengisytiharkan “keadaan darurat” di tengah lonjakan jangkitan.

Mereka meminta untuk mengimplementasi perintah berkurung, penutupan dewan perkahwinan, pusat membeli-belah dan masjid di luar waktu solat.

NGO Doktor Tanpa Sempadan (MSF) juga telah memberi amaran bahawa jumlah pesakit COVID-19 yang kritikal semakin meningkat di negara tersebut mendesak agar bantuan dapat disalurkan dari negata-negara penderma atau mana-mana kumpulan khusus.

MSF “melihat kemasukan pesakit COVID-19 yang sangat teruk memerlukan rawatan di hospital di Aden, Yaman, dan banyak bahagian lain di negara ini,” kata NGO perubatan tersebut.” Kami mendesak semua organisasi kemanusiaan perubatan yang ada di Yaman untuk memberi respon COVID-19 dengan segera,” kata Raphael Veicht, ketua misi MSF di negara itu.

Yaman secara rasmi telah mencatatkan lebih dari 4000 kes jangkitan virus di antara 30 juta penduduk, termasuk 863 kematian – tetapi menurut para pakar jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.

Yaman telah terjebak dalam perang yang dahsyat selama lebih dari enam tahun yang menyebabkannya di ambang kebuluran dan sistem penjagaan kesihatannya hancur.

Adham Ismail, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Yaman, mengatakan penghantaran vaksin merupakan langkah penting.

“Ini akan membantu menyelamatkan nyawa, termasuk mereka yang berisiko tinggi mendapat penyakit serius, dan akan membantu melindungi sistem kesihatan,” kata Ismail.

“Vaksin yang selamat dan berkesan ini merupakan satu inisiatif kita, tetapi untuk masa akan datang kita mesti terus memakai topeng, jarak fizikal dan mengelakkan bercampur dengan orang ramai.”

PBB menyatakan keadaan di Yaman merupakan krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

-Daily Sabah