Tubuh Kelab, Bantu Ibu Tunggal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Penubuhan Kelab Ibu Tunggal Dewan Undangan Negeri (DUN)  Rhu Rendang nyata mampu menjadi medan perkongsian terbaik  dan  memperkasakan golongan itu ke arah penambahbaikan lebih positif, selain bertujuan menjaga kebajikan.

Isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, dia bersyukur kerana diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk duduk bersama ibu-ibu yang kuat serta cekal dalam meneruskan kehidupan yang lebih baik kepada diri sendiri lebih-lebih lagi kepada anak-anak.

“Tujuan ini diadakan juga untuk mengumpulkan ibu tunggal di samping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, katanya ketika merasmikan program Bual Bicara Bersama Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang anjuran Kelab Ibu Tunggal DUN Rhu Rendang di Rusila,”katanya.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun Rhu Rendang, Mohd Embong dan petugas Insititut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang.

Menurutnya lagi yang merupakan Pengerusi Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa’), platform itu juga boleh dijadikan sebagai satu tempat untuk menambah ilmu pengetahuan terutamanya kefahaman agama dalam kalangan ibu tunggal.

“Dalam masa yang sama, kita dapat sampaikan ilmu yang ada kepada anak-anak, jiran-jiran, masyarakat dan sebagainya.

“Kita juga sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan idea penambahbaikan dalam soal pembangunan wanita sama ada melibatkan hal pekerjaan, ekonomi dan menjana pendapatan sampingan” tambahnya.

Beliau juga sempat memberikan sedikit sumbangan daripada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kepada 50 orang ibu tunggal yang hadir dalam majlis bual bicara santai tersebut.

Sumber: TRDI News