‘Salt Bae’ disaman RM20 juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

New York: Seorang seniman dari Brooklyn, Amerika Syarikat memfailkan tuntutan AS$5 juta (kira-kira RM20 juta) terhadap chef terkenal Nusret Gokce yang popular di media sosial dengan gelaran ‘Salt Bae’.

Ia selepas William Hicks mendakwa personaliti media sosial berkenaan dikatakan menggunakan karya seninya tanpa kebenaran.

Hicks dan rakan senimannya, Josphe Lurato ditugaskan oleh Gokce untuk menghasilkan mural di restoran milik lelaki berketurunan Turki itu.

Ia memaparkan aksi Gokce menabur garam yang amat popular di seluruh dunia, menurut saman di peringkat mahkamah persekutuan di Manhattan pada Isnin.

Hasil seni pertama itu dipamerkan di restoran stik Gokce di Miami dan karya lain iaitu mural stensil dipaparkan di restoran lelaki itu di Doha, Dubai dan New York.

Hanya pada awal 2020, Hicks mendapat tahu Gokce menggunakan imej berkenaan di seluruh dunia termasuk untuk papan tanda digital, menu, pengelap, pek makanan dan label perasa.

Gokce tiba-tiba menjadi popular pada 2017 selepas aksi uniknya yang menaburkan garam ke atas stik menjadi tular di Instagram.

Sumber: My Metro