Jada Pinkett Smith Berhijab Raih Perhatian Muslim Seluruh Dunia

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jada Pinkett Smith raih perhatian peminat seluruh dunia apabila memuat naik gambar dirinya berpakaian seperti penganut muslimah berpakaian iaitu memakai tudung, bertshirt putih, memakai jaket jeans dan berkain batik.

Beliau memuat naik gambar tersebut dengan kapsyennya, in “the Middle East” watching my husband Will Smith “on his sunrise run.” Peminatnya memberi reaksi positif terhadap pakaiannya sambil mengucapkan salam Ramadan kepada pelakon wanita itu.

Jada menggambarkan pakaiannya itu sebagai “kecantikan yang tidak terkenal,” tetapi peminatnya memberi jaminan bahawa dia “kelihatan menakjubkan.”

Jada Koren Pinkett Smith merupakan pelakon dari Amerika Syarikat, penulis skrip serta penerbit rancangan. Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1990 bersama pelakon Eddie Murphy dalam rancangan The Nutty Professor (1996). Antara filem lakonan beliau adalah Madasgarcar Film, Girls Trip dan Gotham.

Pada hari pertama Ramadhan, pelakon itu memakai jilbab berwarna berbeza, menyukai penampilannya.

“Saya rasa warna ini persis di Timur Tengah … sesuai dengan saya,” katanya. Foto dan kapsyennya itu mendapat ribuan suka dan komen.

Aktres India Priyanka Chopra mengulas pada posnya, dan memberi komentar pelakon itu nampak “cantik.”Ramai selebriti lain turut memberi reaksi dan komen mengenai pemakaiannya.