Bantuan RM1,000 Untuk Mangsa Banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus mendapat bantuan kewangan berjumlah RM1,000 bagi mengurangkan beban yang ditanggung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, walaupun agak terlewat bantuan banjir diberi tetapi pihaknya akan cuba membantu dari segi kewangan mahupun prasarana.

“Kali ini sebanyak RM500 daripada kerajaan persekutuan dan RM500 daripada kerajaan negeri, jadi sebanyak RM1,000 akan diterima seorang yang melibatkan 500 buah rumah mangsa banjir di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang,” katanya.

Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Bantuan Banjir di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Turut hadir Penghulu Kanan Mukim Bandar Wan Abd. Halim dan Pegawai APM, Kapten Wan Shukri Abdullah.

Menurut Tengku Hassan, longkang-longkang dan parit tali air turut dibaik pulih agar saliran di dalam DUN berkenaan tidak bertakung.

“Kita tidak mahu hujan yang seketika sahaja berlaku boleh menyebabkan banyak kerosakan pada perabut, tilam dan barang-barang yang terpaksa dibuang begitu saja sebab sudah tidak boleh digunakan lagi,” jelasnya.

Sumber: TRDI News