156 penunggang motosikal kena saman

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Lebih 200 saman dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur, pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan itu kira-kira 8.45 malam.

Beliau berkata, pemeriksaan ke atas 156 motosikal itu membabitkan 161 individu termasuk dua wanita yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

“Pemeriksaan awal mendapati, selain tidak ada lesen, kebanyakan motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran, menggunakan saiz yang kecil dan pelbagai warna bagi mengelak ia dibaca atau dikesan penguat kuasa.

“Sebanyak 35 motosikal turut disita kerana didapati melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka. Polis juga keluarkan lebih 200 saman susulan, setiap daripada mereka terdapat satu kesalahan malah ada yang lakukan dua hingga tiga kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Tambah beliau, seorang anggota berpangkat sarjan mengalami kecederaan di bahagian kaki susulan cuba menahan motosikal yang akhirnya berjaya lolos dalam operasi itu.

Sumber: My Metro