Keharmonian berbuka puasa di Barcelona, rai gelandangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Disebabkan sekatan COVID-19 yang menyukarkan umat Islam Sepanyol mengadakan majlis iftar, sebuah gereja Katolik di Barcelona telah menawarkan ruangannya untuk umat Islam berbuka puasa dan beribadah bersama-sama pada bulan Ramadhan.

“Kita semua sama … Sekiranya anda beragama Katolik atau beragama lain dan saya beragama Islam, itu tidak mengapa,” kata Hafid Oubrahim, 27 tahun keturunan Berber Maghribi yang menghadiri majlis makan malam itu, kepada Reuters.

“Kita semua seperti saudara dan kita mesti saling menolong.”

Pada bulan Ramadan, dianggarkan seramai 50-60 orang Islam yang kebanyakannya adalah gelandangan, akan pergi ke gereja Santa Anna di mana sukarelawan yang menyediakan makana.

Cadangan untuk mengadakan pusat berbuka puasa di gereja adalah disebabkan umat Islam di sana memiliki kawasan yang terhad untuk menganjurkan majlis berbuka puasa dan akhirnya ruang luar gereja menjadi alternatif kerana faktor pengudaraan yang baik dan mempunyai ruang yang cukup untuk mengadakan penjarakan sosial.

Faouzia Chati, presiden Persatuan Wanita Maghribi Catalan yang biasa menganjurkan majlis berbuka puasa seiap tahun, menemui Paderi Peio Sanchez, pengurus gereja Santa Anna.

“Ramai penduduk gembira kerana umat Islam dapat melakukan Iftar di gereja Katolik, kerana agama berfungsi untuk menyatukan kita, bukan untuk memisahkan kita,” kata Chati.

Nilai kebersamaan

Paderi Sanchez melihat pertemuan penganut yang berbeza agama sebagai lambang hidup kebersamaan yang bertamadun.

“Meskipun dengan budaya yang berbeza, bahasa yang berbeza, agama yang berbeza, kita mampu duduk dan bercakap bersama berbanding sesetengah ahli politik,” kata paderi Sanchez.

Menurut Kesatuan masyarakat Islam (UCIDE), umat Islam merangkumi 3.8 peratus penduduk Sepanyol, 40 peratus adalah orang Sepanyol dan 60 peratus selebihnya adalah pelarian.

Umat ​​Islam di Sepanyol kebanyakannya berasal dari Maghribi meskipun terdapat kehadiran warga Pakistan dan Muslim Senegal di bandar-bandar seperti Barcelona, ​​Valencia, dan Logrono.

Di Catalonia sahaja, terdapat lebih daripada 1.5 juta umat Islam daripada dua juta umat Islam di Sepanyol. Andalusia menduduki tempat kedua dengan populasi lebih dari 300,000 Muslim, dan Madrid, dengan 280,000 Muslim.