Jom Riang Raya dengan redONE dan Menangi Lebih RM30,000 Duit Raya!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tidak dinafikan bahawa sambutan perayaan kali ini tidak akan semeriah tahun-tahun dahulu disebabkan pandemik Covid-19. Sudahlah kena beraya tanpa yang tersayang, ada pula prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi, membuatkan ramai yang merasakan Raya tahun ini akan menjadi sedikit hambar.

Tidak mahu orang ramai terus berada dalam kesedihan dan tidak bersemangat menyambut Syawal, redONE melancarkan peraduan Riang Raya redONE dengan peluang untuk menangi lebih RM30,000 wang tunai eDompet GrabPay!

Penyertaan peraduan adalah sungguh mudah; anda hanya perlu melanggan pelan redONE Postpaid dengan komitmen bulanan minima RM38 sebulan. Jika anda terpilih, hanya perlu jawab satu soalan mudah dan menang!

Sebanyak RM1,000 untuk dimenangi setiap hari. Pemenang utama harian akan memenangi RM500 wang tunai GrabPay manakala lima pemenang sagu hati akan menerima RM100 wang tunai GrabPay. Haa… lagi satu, peraduan ini berlangsung bermula dari 13 Mei 2021 hingga 13 Jun 2021. Oleh itu, anda ada masa sebulan untuk menjadi salah seorang pemenang peraduan ini!  

BACA JUGA : Jana Wang Tambahan Dengan Mudah Bersama RedONE!

Anda semua dah tahu kan macam mana nak meriahkan Raya anda tahun ini? Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menang ‘duit raya’ ekstra dengan peraduan Riang Raya redONE! Tunggu apa lagi?  Langgan redONE Postpaid sekarang dan menang. Sebarang pertanyaan atau untuk info lanjut, layari https://www.redone.com.my/promotion/riangraya/bm