Kemusnahan dari serangan Israel hantui rakyat Palestin di Gaza

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Pegawai polis Palestin berjalan di tengah runtuhan setelah gencatan senjata di Kota Gaza, Jalur Gaza, Palestin, pada 22 Mei 2021. (Foto AFP)

Setelah bertahun-tahun bekerja keras untuk membina semula rumah yang musnah oleh pengeboman Israel tujuh tahun lalu, warga Gaza sekali lagi terpaksa “berumah di tepi jalan” akibat serangan udara oleh Israel baru-baru ini yang merunduhkan kediaman mereka menjadi gunungan batu dan debu.

Sementara rakyat Palestin memperjuangkan rumah mereka di kawasan Sheikh Jarrah di Jerusalem Timur setelah Israel memberi kebenaran untuk mengusir beberapa buah keluarga dari kediaman mereka untuk bagi penduduk Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan bahawa kira-kira 1,000 rumah musnah dalam perang 11 hari yang berakhir.

Lynn Hastings, penyelaras kemanusiaan PBB di Palestin mengatakan beratus-ratus unit perumahan tambahan rosak teruk sehingga kemungkinan tidak dapat dihuni.

Warga Palestin di Gaza pula kehilangan tempat tinggal akibat serangan udara bertalu-talu yang dilancarkan dari Tel Aviv baru-baru ini telah menghancurkan pelbagai bangunan dan meninggalkkan ribuan penduduk tanpa tempat berlindung.

Pada pagi Ahad, beratus-ratus pekerja pembandaran dan sukarelawan perbandaran memulakan kempen satu minggu bagi membersihkan runtuhan dari jalan-jalan di Kota Gaza. Di bahagian bangunan kerajaan yang hancur, kanak-kanak dilihat mengumpulkan kabel dan apa sahaja sisa makanan yang dapat dikitar semula yang dapat mereka jual.

“Ketegangan yang berlaku telah memperburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sememangnya sudah mengerikan di Gaza, yang dihasilkan oleh sekatan selama hampir 14 tahun serta perpecahan politik dalaman, di samping permusuhan yang berulang,” kata Hastings dalam satu kenyataan.

Hastings meygatakan bahawa PBB akan mengadakan satu permohonan bagi memperbaiki kerosakan di Jalur Gaza yang dikepung, dan yang terancam dengan wabak COVID-19.

“Kita juga perlu memastikan sokongan yang berterusan bagi menyediakan yang sudah ada, termasuk yang timbul dari pandemi yang sedang berlangsung.”

Pihak berkuasa Palestin mula mengedarkan khemah dan tilam di Semenanjung Gaza pada hari Sabtu, ketika Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB mengatakan sekurang-kurangnya 6,000 orang kehilangan tempat tinggal dalam pengeboman tersebut.

Trak dengan ubat-ubatan, makanan dan di Gaza pada hari Jumaat melalui pusat pemeriksaan Karem Abu Salem setelah Israel membukanya semula. Menurut pegawai Palestin, kos membina semula wilayah itu berpuluh-puluh juta dolar.

Kisah Al-Masri

Ramez al-Masri merupakan salah seorang penduduk Gaza yang terkesan dengan serangan Israel. Serangan Israel yang berlaku pada tahun 2014, juga turut memberi kesan kepada Al-Masri dan beliau terpaksa mengambil masa selama 3 tahun untuk membina semula rumahnya Israel.

Serangan Israel yang baru sahaja berlaku ini menyebabkannya kediamannya sekali lagi musnah hanya dalam tempoh beberapa saat melalui serangan udara. Serangan ini secara automatik menyebabkan penduduk Gaza termasuk Al-Masri menjadi gelandangan.

Dia dan 16 orang lagi yang tinggal dia kediaman 2 tingkat itu terpaksa menumpang rumah saudaranya, tanpa sebarang kepastian berapa lamakah mereka tidak mempunyai rumah. “Anak-anak saya terpaksa tinggal berpecah – dua di sana, tiga di sini, satu di sana. Sekarang adalah waktu yang sukar, “katanya. “Selagi mana ada penjajahan, setiap hari kami hidup dalam kematian” katanya, merujuk pada pemerintahan Israel terhadap orang Palestin, termasuk sekatan Gaza.

Al-Masri menyatakan bahawa jirannya menerima panggilandari Israel pada jam 3 pagi pada hari Rabu yang memerintahkan semua orang di kawasan itu untuk berpindah. “Tinggalkan rumah anda, kami akan mengebom,” kata al-Masri.

Semasa amaran itu dilaporkan, dia menyatakan tidak ada yang tahu rumah mana yang akan menjadi sasaran. Dan dia tidak menyangka bahawa serangan udara itu melanda rumah dua tingkat yang merupakan tempat tinggalnya bersama lapan anaknya, keluarga adiknya dan ibu mereka.

Tujuh buah rumah yang berdekatan dengan rumahnya milik saudara-maranya juga mengalami kemusnahan yang teruk. Dinding rumah mereka diletupkan sehingga dapat memperlihatkan ruang tamu dan bilik tidur. Letupan tersebut sangat kuat sehingga tiang penyangga konkrit goyah dan besar kemungkinan rumah-rumah tersebut tidak dapat diperbaiki.

Sumber: Daily Sabah