Gambar tular Tasik Chini foto 2 tahun lalu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa gambar yang tular dan didakwa keadaan terkini Tasik Chini di Pekan adalah gambar yang dirakam dua tahun lalu.

Najib berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima daripada pihak berkaitan, beberapa langkah yang dirancang sudah diambil untuk menyelesai dan memulihkan keadaan itu.

“Gambar yang sedang tular dan didakwa keadaan terkini akibat aktiviti perlombongan di Tasik Chini di Pekan ialah gambar yang dirakam dua tahun lepas.

“Saya akan update (kemas kini) keadaan terkini selepas saya diberi taklimat penuh sehari dua ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Kelmarin, tular gambar di media sosial mengenai keadaan Tasik Chini yang dikatakan terancam berikutan aktiviti perlombongan.

Berikutan itu, orang ramai meminta tindakan penguatkuasaan dilakukan untuk memelihara tasik berkenaan daripada terancam.

Sumber: My Metro