Wanita hamil di Perak penerima vaksin ketiga juta

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Nur Amalina Baharuddin

Kuala Lumpur: Seorang wanita hamil hari ini menjadi individu ketiga juta menerima vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Jawatankuasa itu menerusi Twitter rasminya memaklumkan Nur Amalina Baharuddin selamat menerima vaksin Pfizer di Dewan Serbaguna Gerik, Hulu Perak, Perak.

Sementara itu, Nur Amalina dalam video yang dimuat naik oleh JKJAV berkata, dia bersyukur dan teruja menjadi antara penerima vaksin.

“Saya rasa syukur dapat vaksin… dari Subuh (saya) semak MySejahtera…Alhamdulillah,” katanya.

Beliau juga menasihati individu yang belum mendaftar untuk suntikan vaksin supaya berbuat demikian dan bagi mereka yang mendapat tarikh janji temu, perlu mengambilnya.

Sumber: My Metro