Ketua Pereka Fesyen ZARA Sindir Model Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Kredit : RetailDetail EU

Pada 11 Jun 2021, Ketua Pereka Butik ZARA iaitu Vanessa Perilman didakwa telah membalas Sorotan Instagram (Instagram Story) seorang Model berketurunan Palestin Qaher Harhash dengan sinis.

Mesej yang dibalas kepada model Palestin itu telah ditangkap layar di sorotan Instagram Qaher Harhash dan ditularkan di Twitter oleh pengikutnya sehingga mendapat perhatian ramai pihak, lapor Middle East Monitor.

Dalam mesejnya kepada Qaher, dilihat Perilman mempertahankan jenayah perang Israel, mengutuk warga Palestin dan mengecam pegangan Muslim Qaher.

“Jadi maksudnya, awak mahu satu dunia melihat Israel sebuah negara yang kejam yang melakukan kejahatan terhadap Palestin? Oh Tuhan, rasa nak muntah. Ia sangat tidak adil dan merupakan satu penipuan.

Qaher Harhash, model berketurunan Palestin.
Kredit: D Management

“Tapi tidak apa. Kerana orang-orang dalam industri saya tahu tentang kebenaran yang berlaku antara Palestin dengan Israel dan saya tak akan pernah berhenti menyokong Israel”.

“Orang macam awam akan datang dan pergi jugak pada akhirnya. Yahudi yang mampu bertahan dalam holocaust pasti akan tetap terus dapat bertahan di sebalik media yang mempertahankan Palestin”.

“Mungkin jika bangsa anda mendapat pendidikan, tentunya mereka tidak akan meletupkan hospital dan sekolah yang dibiayai Israel di Gaza.

“ Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci apatah lagi melontar batu ke arah tentera sebagaimana yang dilakukan oleh bangsa awak”.

“Satu lagi cukup kelakar bahawa anda seorang model kerana secara realitinya sudah jelas pekerjaan tersebut bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan seorang Muslim,” komen daripada Vanessa kepada Harhash.

Dimaklumkan bahawa Vanessa telah memadamkan segala akaun media sosial milik beliau. Ramai orang menghendaki agar Vanessa dikenakan tindakan oleh syarikatnya.

Sumber: MEMO