Budak maut tertelan bateri alat kawalan jauh

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

London: Menyedihkan apabila seorang kanak-kanak berusia dua tahun di United Kingdom (UK) meninggal dunia selepas tertelan bateri alat kawalan jauh.

New York Post melaporkan berita mengenainya dikeluarkan pihak berkuasa sebagai peringatan kepada ibu bapa mengenai insiden berkenaan.

Mangsa, Harper-Lee Farn tertelan bateri bersaiz wang syiling itu di bilik tidur di rumahnya di Staffordshire, bulan lalu

“Dia suka masukkan sesuatu ke dalam mulutnya” kata ibu mangsa, Stacey Nickin dalam satu kenyataan yang dihantar ke mahkamah bagi menentukan punca kematian kanak-kanak berkenaan.

Menurut Nickin, kejadian berlaku ketika dia di tempat kerja.

Katanya, dia hanya tahu mengenainya selepas menerima panggilan daripada salah seorang anak perempuannya yang memaklumkan bahawa Harper-Lee muntah darah.

“Saya bergegas pulang dan mendapati ada ambulans sebaik tiba di rumah.

“Harper-Lee dibawa untuk menjalani pembedahan namun dia meninggal dunia ketika menjalani satu prosedur ,” katanya.

Dr Anna Piggot iaitu pegawai perubatan yang merawat Harper-Lee mengesahkan mangsa tertelan bateri kecil.

Sumber: My Metro