Empat anak syarikat Yayasan Pahang terima pensijilan ABMS

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Empat anak syarikat Yayasan Pahang (YP) memperoleh pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) setelah melalui beberapa fasa pengauditan SIRIM QAS International Sdn.Bhd. pada November dan Disember tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif YP, Datuk Mahmud Mohd. Nawawi berkata, empat syarikat itu adalah Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP), Kolej Yayasan Pahang (UCYP), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan YP Plantation Holdings Sdn.Bhd. (YPPH).

“Kejayaan ini begitu bermakna berikutan UCYP dan KYP merupakan institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia dan Pahang yang memperoleh sijil berkenaan, manakala MNTP pula yang pertama di Malaysia dan Pahang dalam kategori maahad tahfiz.

“YPPH pula adalah syarikat perladangan pertama di Pahang dan ketiga di Malaysia selepas Felda Group Venture (FGV) dan Sime Darby yang berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ABMS adalah panduan untuk membantu organisasi dalam menubuh, melaksana, menyelenggara dan meningkatkan program antirasuah dalam organisasi daripada pihak SIRIM QAS International Sdn.Bhd.

Standard ISO 37001:2016 berkenaan memenuhi syarat-syarat ditetapkan dalam subseksyen (5) Seksyen 17A Akta SPRM 2009, berkaitan Garis Panduan Tatacara Mencukupi yang boleh dilaksanakan bagi mencegah rasuah dalam perniagaan.

Mahmud berkata, kejayaan itu hasil usaha anak-anak syarikat berkaitan sejak awal tahun lalu.

“Syarikat-syarikat berkenaan bermula dengan penganjuran program kesedaran, pembangunan dokumen, penilaian risiko rasuah dan pelbagai aktiviti lain yang berkaitan mengikut keperluan standard ABMS yang telah ditetapkan.

“Segala usaha ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Lembaga Pengarah YP dan Kumpulan,”katanya.

Beliau menjelaskan, kini semua anak syarikat YP bersedia sepenuhnya berdepan Peruntukan Liabiliti Korporat, Seksyen 17 A Akta SPRM 2009 ( Pindaan 2018), akta khas diwujudkan untuk kesalahan dilakukan untuk kesalahan dilakukan organisasi komersial yang telah berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020.

Sumber: UTUSAN MALAYSIA.