COVID-19: R-naught negara berada pada paras 1.04, Pahang tertinggi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kembali melonjak

Angka itu berada di paras 1.04 pada Selasa berbanding 1.0 pada hari sebelumnya.

Lima negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan

Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.17

Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan. Seterusnya, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Sarawak, Labuan, Johor dan Sabah. Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu mencatat kadar R-naught di bawah 0.90. Perlis pula tidak merekodkan kes baharu.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu. Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sumber: Astro Awani