Itali juara Euro 2020, tewaskan England menerusi tendangan penalti

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

LONDON: Itali berjaya menjulang piala Euro 2020 menerusi tendangan penalti setelah seri 1-1 dalam perlawanan akhir menentang England pada aksi final di Stadium Wembley, di sini.

England bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke-67 oleh Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020.

Sumber: Astro AWANI