JBPM Kelantan sedia bas untuk program vaksinasi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tanah Merah: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyediakan tiga bas untuk membawa orang ramai terutama dari kawasan pedalaman bagi mendapatkan suntikan vaksinasi.

Pengarahnya Jainal @ Zainal Madasin berkata, seramai 13 pegawai dan anggotanya ditempatkan untuk penugasan sempena Program Mobile Vaksinasi Covid-19 yang dijalankan di mana-mana program outreach di negeri ini.

“Kami ada tiga bas yang mana buat masa sekarang hanya menggunakan sebuah sahaja dan selebihnya akan dilihat keperluan di masa akan datang.

JAINAL @ Zainal (kiri) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini melihat keadaan dalam bas yang dijadikan tempat suntikan vaksin sempena Program Mobile Vaksinasi Covid-19 di Masjid Kusial Bharu. FOTO Siti Rohana Idris
JAINAL @ Zainal (kiri) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Dr Zaini melihat keadaan dalam bas yang dijadikan tempat suntikan vaksin sempena Program Mobile Vaksinasi Covid-19 di Masjid Kusial Bharu. FOTO Siti Rohana Idris

“Kemudahan ini untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyelesaikan proses vaksinasi dengan kadar segera,” katanya di Program Mobile Vaksinasi Covid-19 di Masjid Kusial Bharu, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin dan Ketua Jajahan Tanah Merah Mohammad Yusoff Hassan.

Jainal turut memberi jaminan bahawa penggunaan bas berkenaan selamat kerana kenderaan itu akan disanitasi sebelum dan selepas digunakan.

Sumber: My Metro