KUALA LUMPUR: Laluan utama ke bangunan Parlimen di sini, dikawal ketat sepasukan polis, pagi ini.
Difahamkan, Ahli Dewan Negara dibenarkan masuk Parlimen untuk pergi ke pejabat mereka walaupun Mesyuarat Khas Dewan Negara ditangguhkan ke suatu tarikh ditetapkan kelak susulan kes positif COVID-19 membabitkan kakitangan Parlimen dan Ahli Parlimen.
Setakat ini, keadaan lalu lintas didapati terkawal dan lancar sekitar kawasan Parlimen.
Puluhan pengamal media berkumpul di sekitar jalan Parlimen sejak 8.30 pagi tadi bagi membuat liputan selepas mendapat maklumat beberapa Ahli Dewan Negara pembangkang akan berarak ke Dataran Merdeka jika tidak dibenarkan masuk Parlimen.
Sumber: Berita Harian