Pengurus Felda direman lima hari kes salah guna kuasa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuantan: Seorang pengurus Felda direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan projek pertanian berjumlah RM64,739.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya Kuantan Humairah KM Haider selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Lelaki berusia 38 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pahang, di sini, selepas hadir memberi keterangan kira-kira 7 malam semalam.

Suspek yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan pada 9.30 pagi dengan berkemeja-T lokap SPRM, disyaki menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Rancangan (JKPR) melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dengan dirinya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin @ Hamim mengesahkan penahanan lelaki itu dan menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber: My Metro