Polis Kedah siasat penjualan sijil vaksin palsu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima satu laporan polis berhubung penularan di media sosial berhubung isu penjualan sijil vaksin digital palsu, semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, laporan polis berhubung kegiatan itu diterima jam 9.44 pagi semalam.

Beliau berkata, susulan daripada laporan polis terbabit, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua- duanya.

“Setakat ini, tiada laporan polis yang diterima berkaitan pemilikan atau penjualan sijil vaksin digital palsu dan PDRM Kedah menasihatkan orang ramai supaya berhati- hati serta tidak mudah terpengaruh untuk memiliki sijil terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Polis Kedah juga meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk tampil menyalurkan sebarang makumat kepada PDRM Kedah di talian 04-7741275 atau MERS 999 atau Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Noorulazanni Muhammad Noor di talian 011-10318409.

Sumber: Berita Harian