Tiga kategori PPS, asingkan mangsa banjir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Alor Setar: Pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir kilat di Yan terbahagi kepada tiga kategori yang membabitkan pesakit Covid-19, mereka yang menjalani kuarantin wabak dan mangsa biasa.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan anggaran awal seramai 60 orang perlu dipindahkan dan 14 pesakit Covid-19, manakala 45 orang menjalani kuarantin.

“Dua PPS dibuka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi.

“Mangsa yang positif (Covid-19) ditempatkan di SK Teroi dan mangsa biasa di SMKA Yan,” katanya dalam kenyataan.

Muhammad Sanusi berkata, banjir kilat susulan hujan berterusan di kawasan Gunung Jerai dan menyebabkan limpahan Sungai Kunyit, Sungai Teroi dan Sungai Puteri Mandi.

Katanya, kawasan yang terjejas sekitar Sungai Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi.

Sumber: My Metro