Pelanjutan Tempoh Bayaran Cukai Tanah Sehingga 30 September

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN, 3 SEPTEMBER 2021: Kerajaan Pahang bersetuju untuk melanjutkan lagi tempoh bayaran cukai tanah tahun 2021 kepada semua pemilik tanah berdaftar di Pahang sehingga 30 September 2021.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini kerana Kerajaan Pahang menghargai komitmen pemilik tanah yang tetap menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah sungguhpun dalam situasi mencabar akibat penularan wabak COVID-19.

“Oleh itu, denda lewat hanya akan dikenakan mulai 1 Oktober 2021.

“Dengan keputusan ini diharapkan, pemilik tanah dapat terus menunjukkan komitmen tinggi dalam menunaikan tanggungjawab menjelaskan cukai tanah masing-masing,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sumber: PAHANGMEDIA