Kejadian Tanah Runtuh Tidak Babitkan Daerah Cameron Highlands

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : “Saya kesal dengan beberapa hantaran dalam media sosial mengaitkan kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan penutupan jalan Simpang Pulai-Blue Valley ketika ini, adalah dalam daerah Cameron Highlands,” kata YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kejadian tanah runtuh itu sebaliknya berlaku di KM 43.95 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley yang berada dalam daerah Kinta, Perak akibat kegagalan cerun sehingga laluan berkenaan ditutup sepenuhnya sejak kelmarin.

Foto-BH Online

“Saya juga kesal dengan paparan video di media sosial mengaitkan banjir lumpur yang kononnya turut berlaku di Cameron Highlands sedangkan ia berlaku di tempat lain,” katanya menerusi kenyataan media malam tadi.

Beliau juga berharap dengan penjelasan itu, rakyat tidak terkeliru dengan apa yang sebenarnya berlaku khususnya yang melibatkan kawasan popular seperti tanah tinggi Cameron Highlands.

Sumber: PAHANGMEDIA