Bukan palsu, mesej sahih KKM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR: Individu yang dihubungi menerusi panggilan telefon atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak perlu gusar kerana ia dilakukan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan penjelasan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pagi tadi, menegaskan bahawa sebarang panggil menerusi nombor telefon terbabit atau melalui SMS adalah betul.

Katanya, ia sebagai peringatan kepada individu terbabit supaya mengisi borang Penilaian Kendiri (HAT) dalam aplikasi MySejahtera bagi pemantauan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Maya.

“Mesej ini adalah sahih. KKM sedang menghubungi kes COVID-19 melalui panggilan telefon 03-2703 3000 dan melalui SMS untuk mengingatkan mereka supaya mengisi Penilaian Kendiri (HAT) dalam MySejahtera bagi pemantauan CAC Maya,” kongsi beliau.

Berdasarkan tangkap layar SMS yang dikongsikan Dr Noor Hisham, ia tertera mesej yang mengkehendaki individu terbabit yang COVID-19 supaya menjawab status kesihatan dengan segera melalui HAT di aplikasi MySejahtera.

Selain itu, individu terbabit juga dikehendaki mengisytihar kontak rapat selepas disahkan positif COVID-19.

Sumber: Berita Harian