Baraa Bolat, Seorang wanita Muslim yang tinggal di ibu kota Austria, Vienna juga seorang pempengaruh media sosial dan youtuber mengalami kecederaan fizikal akibat serangan Islamophobia kerana memakai jilbab.
“Situasi ini mengecewakan saya, saya benar-benar tidak tahu bagaimana caranya untuk bertindak balas kerana ini adalah kali pertama saya berada dalam situasi seperti itu,” kata Baraa Bolat dalam wawancara dengan Anadolu Agency.
Bagaimana serangan Islamophobia berlaku
Baraa menceritakan bahawa kejadian itu bermula apabila seorang wanita mendekati saya, dan menyuruh saya kembali ke Turki dengan prejudus ketika saya memakai tudung, walaupun saya bukan dari Turki.”
Baraa melanjutkan dengan mengatakan bahawa dia mengabaikan serangan rasis tersebut dan bergerak ke arah depan bas, namun penyerang tersebut terus mengikutnya dan meneruskan serangan penghinaan dan rasis.
“Saya tidak mempedulikannya sehingga dia meludahi saya yang mana semasa musim pandemik ini tindakan itu berbahaya dan boleh menjadi pembawa penyakit covid-19.
Selepas turun, dia mengikuti saya dan menyerang tudung saya, menariknya dengan sangat kuat. Tarikannya menyebabkan jarum yang dilekatkan di bawah dagu melukakan saya.
Saya menjerit kepadanya tetapi dia tidak berhenti sehingga saya mengeluarkan telefon bimbit saya dan mula mengambil gambarnya, lalu dia pun menyeberang ke seberang jalan, “katanya.
Baraa juga berkongsi kejadian itu di media sosial.
“Saya fikir saya harus mengambil sikap menentang kejadian ini, dan semua orang harus mempelajarinya. Tidak kira memakai jilbab atau tidak, warna kulit atau etnik, tidak ada yang harus melalui kejadian seperti ini, dan ini tidak boleh diabaikan cara, “katanya.
Tindakan Undang-undang
Ekoran coretannya di media sosialnya iaitu Baraa Bolat ramai orang menghubunginya dan mengucapkan kata-kata yang baik serta turut ingin bersolidariti dengan beliau. Baraa juga menyatakan bahawa dia telah membuat laporan kepada pihak berkuasa polis tempatan dan proses undang-undang dilancarkan.
Dia mengatakan bahawa penyerang tersebut terkenal dengan tindakan seperti itu dan pernah melakukan perkara yang sama kepada beberapa orang lain dengan cara yang sama.
“Saya bukan orang pertama yang diserang, diludahi oleh orang ini. Sayang sekali, ramai wanita yang memakai tudung mengalami serangan serupa oleh individu yang sama. Justeru, dia perlu membayar harganya.
Sekiranya dia terganggu secara psikologi, maka dia perlu dimasukkan ke hospital atau mencari solusi lain. Tindakan penyerang tersebut tidak boleh diterima dan dia masih lagi berkeliaran di luar sana dan boleh membahayakan orang lain,” tambahnya.
Baraa turut berkongsi kekesalannya kerana tidak ada penumpang lain yang memilih untuk menolongnya bahkan hanya berdiri sebagai penonton semata-mata. Beliau juga menambah bahawa perlu ada lebih banyak usaha bagi meningkatkan kesadaran bagi membantu orang yang dalam kesusahan tanpa perlu melihat latar belakang mereka yang berbeza.
Sumber : Anadolu Agency