1. Anda Boleh Jadi Bijak dan Bertenaga Dengan Meminum Kopi
Kewujudan kafein dalam kopi mampu menjadikan anda lebih bijak dan bertenaga. Kajian menunjukkan bahawa kopi mampu meningkatkan fungsi otak. Ini termasuk menguatkan ingatan, tahap tenaga, dan menjadikan anda lebih fokus.
2. Kopi Meningkatkan Kadar Metabolisme
Tahukah anda? Kafein banyak ditemui dalam suplemen menguruskan badan. Kafein mampu meningkatkan kadar metabolisme, beberapa kajian menunjukkan bahawa kehadiran kafein di dalam kopi mampu meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 3-11%.
3. Kopi Mampu Melindungi Anda Daripada Penyakit Mudah Lupa dan Alzheimer
Beberapa kajian membuktikan, kopi juga mampu mengurangkan sehingga 65% kemungkinan untuk menghidap Alzheimer. Ujian memori yang telah dilakukan oleh pihak universiti Arizona juga mengesahkan bahawa kopi juga mampu menguatkan daya ingatan, kajian yang dilakukan terhadap beberapa orang dewasa menunjukkan daya ingatan yang lebih baik berbanding orang yang mengambil kopi tanpa kafein.
4. Kopi Mengandungi Nutrien Penting
Berikut adalah beberapa nutrien penting yang boleh didapati di dalam secawan kopi:
- Riboflavin (Vitamin B2): 11% daripada Peruntukan Diet Harian yang Disarankan (RDA).
- Pantothenic Acid (Vitamin B5): 6% daripada Peruntukan Diet Harian yang Disarankan (RDA).
- Manganese and Potassium: 3% daripada Peruntukan Diet Harian yang Disarankan (RDA).
- Magnesium and Niacin (B3): 2% daripada Peruntukan Diet Harian yang Disarankan (RDA).
5. Kopi Mampu Melawan Kemurungan dan Menjadikan Anda Lebih Gembira
Dalam sebuah kajian di universiti Harvard, wanita yang mengambil 4 cawan kopi ke atas setiap hari, mampu mengurangkan risiko kemurungan sehingga 20%.
Sumber: Health Line