92 Peserta Felcra Terlibat Banjir Terima Sumbangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Seramai 92 orang peserta Felcra yang terlibat banjir di dalam Parlimen Pekan menerima pampasan berjumlah lebih RM355,000.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, daripada jumlah itu, seramai 29 peserta adalah dari di Dewan Negeri (DN) Bebar.

“Ia membabitkan Felcra Pahang Tenggara dari Kampung Serambi, Kampung Padang Rumbia, Kampung Temai, Kampung Tanjung Medang dan Kampung Pulau Keladi berjumlah lebih RM75,000,” katanya di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff ketika menyampaikan sumbangan kepada peserta Felcra yang terlibat dengan banjir

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Pahang melalui wakil rakyat, penghulu dan ketua kampung mengambil berat, memaklumkan kepada pihak Felcra berkenaan nasib peserta Felcra di negeri ini yang terlibat banjir hingga mengalami kerosakkan harta benda dan rumah mereka.

Pampasan ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Pahang dan Felcra Berhad dalam memberi pembelaan kepada rakyat di mana mereka dapat menggunakan pampasan ini untuk membaik pulih semula rumah yang rosak.

Katanya lagi, Kerajaan Pahang melalui YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pekan, YB Dato’ Sri Najib Tun Raza juga tidak putus-putus membela nasib rakyat dimana pelbagai bantuan juga telah diberikan.

Sumber: PAHANGMEDIA