Kerajaan Negeri Sentiasa Sedia Bantu Transformasi Pendidikan Pahang

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk membantu plan Transfomasi Pendidikan Pahang 2021-2030 yang menjadi asas terkini dalam melahirkan generasi masa depan yang serba lengkap serta mampu menyesuaikan diri dengan sebarang situasi semasa yang dihadapi.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM351,000 yang diperlukan untuk permulaan TPP ini telah diluluskan bagi tujuan berkenaan.

“Kemungkinan ada keperluan tambahan dan Kerajaan Negeri sentiasa bersedia serta tidak teragak-agak untuk membantu.

“Peruntukan sedia ada ini dibuat ketika JPNP mohon dengan saya, tapi saya percaya as time (seiring masa) berjalan mungkin ada penambahan peruntukan dan sebagainya.. dan Kerajaan Negeri akan tambah kerana kita tahu peruntukan untuk pendidikan ini penting. Saya tak mahu (TPP) sangkut di tengah jalan kerana faktor kewangan,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika penyampaian insentif kecemerlangan STPM 2020 dan Bantuan Prihatin Pahang untuk operator, pekerja kantin, dewan makan dan rancangan makanan tambahan (RMT) di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Transfomasi Pendidikan Pahang serta penyampaian insentif kecemerlangan STPM 2020 dan Bantuan Prihatin Pahang untuk operator, pekerja kantin, dewan makan dan rancangan makanan tambahan (RMT) di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang, YH Dato’ Mahmud Mohd Nawawi serta Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Encik Mohammad Rosli Abdul Rahman.

Sementara itu, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menyampaikan ucapan tahniah dah syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang kerana telah memikirkan dan melonjak ke hadapan melalui TPP.

“Ini adalah usaha yang sangat baik demi melahirkan generasi akan datang yang lebih baik dari sekarang. Saya telah melihat plan transformsi antaranya melahirkan anak-anak yang lebih baik dari segi adab, lebih terancang serta lebih tersusun.

“Transformasi ini kita ubah ke arah lebih baik, walaupun sistem kita dah baik tapi kita baiki untuk lebih baik,” katanya.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail

Dalam pada itu beliau turut menyarankan pendidikan turut dijadikan wahana demi memperkasakan perpaduan yang ‘real’ dalam kalangan pelajar serta guru daripada pelbagai latar kaum.

“Selain dari pendidikan jangan tinggalkan perpaduan, ada kaitan pelbagai kaum, budaya, ada perpaduan dan sinergi transformasi..ini sangat perlu.

“Usaha yang dilaksanakan akan lebih jelas, saya percaya TPP akan dapat dicapai dan ia bukan mustahil. Gilap apa yg dah ada dan ia bukan sesuatu yang baru. Contohnya libatkan semua kaum dalam kelas, dalam satu kelas kena ada campuran kaum.

“Penglibatkan setiap perbincangan ada kaum-kaum lain, guru Bahasa Melayu dari kaum bukan melayu. Perpaduan perlu dibentuk dari sekolah, kita hidup sebagai satu keluarga Malaysia secara bersepadu dan bersasar,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA