Jaga-jaga, anda mungkin kekurangan vitamin C jika ada 4 masalah kesihatan ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

VITAMIN C adalah nutrien yang penting bagi kesihatan tubuh manusia. Ia dapat membantu dalam membentuk dan mengekalkan kesihatan tulang, kulit dan salur darah.

Selain itu vitamin C juga merupakan antioksidan yang terbaik dalam membantu kekebalan tubuh.

Namun begitu, vitamin C ini tidak boleh terhasil sendiri oleh tubuh manusia. Sumber vitamin C boleh diperoleh secara semula jadi melalui pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin C juga boleh didapati dalam makanan tambahan yang berbentuk tablet atau serbuk.

Kekurangan vitamin C boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan seseorang termasuk empat jenis penyakit ini.

ilustrasi-anemia_169

1. Skurvi

Penyakit ini berlaku apabila berlakunya kekurangan vitamin C atau asid askorbik. Kekurangannya boleh membawa kepada gejala seperti lesu, anemia, penyakit radang gusi dan masalah kulit.

2. Anemia

Anemia terjadi apabila berlakunya penurunan jumlah sel darah merah dalam tubuh badan.

Gejala yang berlaku apabila menghidap penyakit anemia adalah lemah badan, sesak nafas, pening kepala serta penurunan berat badan secara tidak sihat.

Gusi berdarah

3. Gusi berdarah

Kesihatan mulut juga adalah penting bagi setiap individu. Vitamin C bukan sahaja dapat mengelakkan penyakit gusi berdarah malah dapat menguatkan gigi.

4. Hipertiroidisme

Menjaga kesihatan tiroid adalah penting kerana apabila hipertiroidisme berlaku kelenjar tiroid akan mengeluarkan hormon secara berlebihan.

Dikatakan apabila vitamin C tidak mencukupi dalam badan, gejala hipertiroidisme seperti jantung berdebar-debar, gugup, perubahan pola pada kitaran haid wanita dan tremor boleh berlaku.

Sumber: Mstar