Rompin Perintis Sistem Pemetaan Lokasi Kediaman Bagi Bantuan JKM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Rompin menjadi daerah perintis bagi sistem pemetaan lokasi kediaman penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang di negeri ini.

Pengarahnya, Encik Zulkhairi Zainol Abidin berkata sistem ini dikenali sebagai Client Tracing System (CTS) baharu menggunakan satu kaedah pemetaan.

“Projek Client Tracking System (CTS) ini adalah satu kaedah berasaskan mapping atau pemetaan lokasi kediaman klien JKM.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang, Encik Zulkhairi Zainol Abidin

“Tujuan penghasilan projek ini adalah bagi memudahkan pencarian lokasi rumah klien JKM bagi tujuan siasatan bantuan.

“Inisiatif Projek ini adalah dari JKM Rompin, dan akan dikembangkan ke seluruh Pahang dahulu, kemudian akan diluaskan ke seluruh Malaysia,” katanya kepada Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP).

Beliau berkata sistem ini juga bagi membantu JKM untuk mengenalpasti dan memberikan bantuan bersesuaian kepada penerima.

“Tujuan lain juga adalah bagi membantu JKM mengenalpasti dan menjalankan intervensi bersesuaian mengikut kategori jenis bantuan.

“Projek ini telah digunapakai sewaktu penghantaran Bakul Makanan dan dengan menggunakan CTS ini, banyak penjimatan dapat dilihat terutama dari segi masa, tenaga dan kos.

“Selain itu, CTS juga membolehkan agihan dan rotation tugasan boleh dilakukan secara berkala kerana kakitangan yang mengambil alih tidak perlu lagi membazir masa mencari klien tersebut,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA