Polis cari Piji, Kuchik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tumpat: Dua lelaki dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes rogol dan cubaan mencuri.

Mohd Hilmy Hafizi Jusoh (Piji), 34, dan Ku Hafizhilmi Ku Saleh (Kuchik), 21, berada dalam senarai orang yang dikehendaki bagi menyelesaikan dua kes berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, dua individu itu dipercayai masih berada dalam negara.

“Alamat asal kedua mereka adalah di Kampung Kutan Hilir, Wakaf Bharu dan Kampung Masjid Paloh.

“Mereka dikehendaki untuk membantu siasatan bagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan 379/511KK.

“Bagi yang mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Sumber: My Metro