KDYMM Sultan Pahang Kurnia Gelaran Dato’ Kurnia Kepada Empat Individu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan mengurniakan gelaran Yang Hormat Dato’ Kurnia kepada empat individu berkuatkuasa 27 Oktober lalu.

Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Dato’ Haji Ahmad Khirrizal Haji Ab. Rahman berkata, YH. Dato’ Sri Vinod Kumar Agawal dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Ekram manakala YH Lt. Kol. Dato’ Dr. Ir. Thong Kok Sing pula dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Wira.

Selain itu, YH. Dato’ Haji Mohamed Ariffin Awang Ismail pula dikurniakan gelaran Yang Hormat Dato’ Kurnia Bistari manakala YH. Dato’ Akbar Dato’ V.V. Abu dikurniakan Yang Hormat Dato’ Kurnia Arjuna.

Beliau berkata, pengurniaan gelaran berkenaan mengikut Perkara 28 (Bahagian 1) Undang-Undang Tubuh Negeri Pahang memperuntukan bahawa Raja Pemerinta ialah punca bagi segala pangkat-pangkat kebesaran dna pangkat-pangkat kemuliaan di dalan negeri.

Sumber: PAHANGMEDIA